Assalamuaikum...
Ketika aku sedang asyik melayan laman muka buku (facebook), seorang remaja lebih kurang umur 15 tahun menegur aku di ruangan 'chatting'.
Mira: Akak ngah wat pew ter?busy kew?
Aku: layan fb mira.
Mira: xdew kijew kew? mira bowrink r kak. xdew nk uat pew pun...
Beginilah bahasa yang digunakan oleh remaja sekarang ketika berbicara dan menulis, iaitu menggunakan bahasa slanga.
Kadang-kadang perkara yang hendak disampaikan kepada kita sukar untuk difahami kerana menggunakan slanga. Di bawah ini saya jelaskan serba sedikit maksud slanga:
Slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku, sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka. Bahasa slangan boleh jadi perkataan baru yang dicipta atau perkataan lama yang diperbaharui dengan penambahan huruf tertentu bagi memberi satu dimensi baru kepada bahasa itu. Contohnya, caye (percaya), camni (macam ini), xdew (tidak ada) dan sebagainya.
Contoh penggunaan bahasa slanga dalam penulisan
Contoh penggunaan bahasa slanga dalam penulisan
PENDAPAT:
Bahasa slanga jika tidak dibendung akan memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Tindakan para pengguna e-mel khususnya remaja, pasti akan menjadi satu kebiasaan sehingga terbawa-bawa kepada perbualan atau penulisan di luar alam siber. Sesuatu yang amat dibimbangi ialah penyelewangan bahasa semakin berleluasa apabila penggunaan istilah ini digunakan dalam perbualan sesama teman atau guru. Sekiranya kita menerima kebiasaan ini bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis.
bahasa slanga kini menjadi tabiat dalam diri masyarakat terutama remaja.
ReplyDeleteTabiat ini harus diperbaiki untuk memartabatkan bahasa Melayu.
EPI:tempat follwer tempat mana ni?
maaf la,saya budak baru belajar...hehe
ReplyDelete