Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesebuah daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri), dan lain-lain. Menurut pendapat Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Di sini bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Hari ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai dialek Kelantan. Dialek Kelantan ialah dialek yang digunakan oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dalam mana-mana dialek, terdapat sekurang-kurangnya dua dialek sosial, iaitu dialek istana dan dialek orang awam. Dalam dialek Kelantan, tidak terdapat perbezaan yang jelas dari segi percakapan. Jika wujud perbezaan sekali pun, mungkin dalam cara-cara penyebutan bunyi-bunyi vokal, iaitu perbezaan dari segi pembundaran penyebutan vokal antara penduduk desa dengan penduduk bandar.
Di dalam kelas media hari ini, kawan saya yang berasal dari Perak telah cuba untuk bercakap dialek Kelantan kerana semua kawan rapatnya berasal dari Kelantan. Walaupun dia berasal dari Perak, namun kami tetap menggunakan dialek Kelantan dengannya kerana dia boleh memahami dialek Kelantan dengan baik. Oleh kerana selalu mendengar kami menggunakan dialek Kelantan, dia juga cuba berkomunikasi dengan menggunakan dialek Kelantan. untuk bercakap Kelantan. Katanya:
mu duk kacek gapo gak?xpahe..
sepatutnya: mu duk kecek gapo gak?xpehe.. (kamu sedang bercakap apa?xfaham)
Saya juga sentiasa menggunakan dialek Kelantan walaupun berbual dengan orang bukan asal dari Kelantan kerana kebanyakan kawan saya semuanya berasal dari Kelantan cuma sesetengah sahaja yang berasal luar daripada Kelantan. Teman sebilik saya berasal dari Kedah namun saya bercakap dengannya menggunakan dialek Kelantan dan dia boleh memahaminya dengan baik dan kadang-kadang dia juga cuba menggunakan dialek Kelantan ketika berbual dengan saya.

PENDAPAT:
Penggunaan dialek akan menyebabkan pengguna lemah untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu tinggi. Hal ini akan menjadi masalah jika pengguna itu pelajar universiti kerana rata-rata pelajar yang menggunakan dialek semasa bertutur akan tetap menggunakan dialek semasa membuat pembentangan. Hal ini akan lebih memberi masalah kepada pelajar tersebut jika menjadi guru nanti kerana akan terbawa-bawa semasa mengajar. keadaan ini juga akan mempengaruhi bahasa Melayu kerana penutur sudah tidak menggunakan bahasa Melayu tinggi. Tidak mustahil jika suatu hari nanti bahasa Melayu akan hilang penuturnya.
No comments:
Post a Comment